Tuesday, August 2, 2011

:: Journey to be a mother - Part 7 ::

Salam..

Nak cerita perihal proses kelahiran yang aku tempuhi... bukan mudah.. dan amat perit...

21.06.2011, - selasa-aku seperti biasa ke office.. cuma hari tu aku rasa lain macam.. bukan sakit.. tapi letih yang amat dan badan rasa amat tak selesa... aku pun rasa tak sedap hati.. aku kemas kan meja aku (as if aku tak dtg office dah esoknye - mana la tau hari nie juga aku beranak.. hehehe).. petangnya, lepas aku balik, aku ajak hubby terus ke hospital (tak perlu disebut la hospital mana - tapi hospital ni private hospital la..).. sampai sana, aku kena gi emergency dulu..

doctor kat sana pun tanya, "ada rasa contraction tak??".. aku tanya balik, "entah la.. contraction tu cam ne??" (bodoh kan.. hehehe).. dia pun explain, "kejap perut u rasa tegang kejap tak".. hmm.. aku pandang hubby, n kata "pertu mmg sentiasa rasa ketat.. tak de kejap kejap.. sentiasa je".. dia pun suruh aku pi labour room utk buat CTG.. check jantung baby n contraction..

aku terkejut badak jap.. huh?? labour room?? biar betul??.. dia explain, just buat ctg je.. hehehe...

aku n hubby pun pi la labour room.. utk buat ctg.. n nurse kat situ check BP skali.. BP aku lak tinggi sket masa tu.. nak di jadikan citer, Doc obgyn aku ada lak kat situ mlm tu.. nurse tu cepat2 bagi tau Doc tu, n dia pun dtg jumpa aku...

Doc tu kata, dia dah perasan BP aku naik sket masa 3 check up yg sebelum nie.. (dalam hati aku, dah tau, y la tak pernah dia highlight kat aku masa tu??) dah tu, dia suggest utk aku go for induce - mempercepatkan kelahiran..
kerana dia takut BP aku akan naik n burst the blood vein.. hmm.. aku tanya, bila better utk aku induce?? dia kata, if possible hari ni juga..

WHAT?? terkejut aku.. mana ready.. mental tak ready lagi... umah pun tak settle lagi.. ketam pun tak makan lagi.. (aik, asal ketam termasuk dlm citer ni?? AKU NGIDAM KETAM LA PULAK...) hehehe..

aku kata kat dia, hari nie mmg tak leh.. aku tak ready.. so, dia bagi tarikh -jumaat 24.06.2011.. n dia bagi aku peluang bincang ngan hubby... tu dia keluar... bagi aku ruang utk berbincang la kononnya...

aku tgk muka hubby aku.. dia dah panic.. la.. aku yg sepatutnya panic kan.. hehehe.. aku kata jgn la panic.. so camne nie.. dia kata, dia tak nak aku di induce.. sbbnya, dia taknak anak aku masuk incubator... la... itu je rupanya.. aku explain la kat dia.. kandungan aku nak masuk 38 minggu jumaat 24.06.2011.. dont worry.. baby dah matang.. as long as atas 37 minggu, baby mmg dah tahap selamat dah... dia tak percaya...

bincang2.. doc tu masuk balik, n dia explain balik kat hubby aku.. baby mmg dalam tahap selamat.. jgn risau.. heheheh...

n alih2, aku cakap kat doc tu, aku nak di review balik pada hari isni depannya.. mana tau BP aku sudah turun... hasilnya, aku di masukkan wad utk monitor BP aku...

so, dalam tempoh selasa ke khamis, monitor BP aku, ok la pulak.. sebabnya, aku makan ubat yg dibekalkan oleh doc tu.. hmm...

hari khamis, aku keluar dari ward.. aku lepak kat umah mak aku.. jumaat aku dapat MC..

hari ahadnya, aku bedal sekor ketam.. (tak ingat BP tu..) hehehe...

tibanya hari isnin - 27.06.2011... aku pepagi dah ke hospital.. n nak di jadikan cerita, nurse kat situ terus pakaikan aku tag nama, n ada 2 tag nama - 1 utk baby aku.. la.. aku kena bersalin juga la hari nie.. doc datang.. n dia terus cakap "nurse dah tangkap u ye.." hehehe...

doc tu pun check la bukaan aku.. wa.. dah ada 1 cm bukaan.. tapi dia still masukkan ubat pil.. induce ngan pill dulu...

n aku masuk wad lagi hari tu.. nak menunggu bukaan tu buka sebanyak 10cm.. aku lepak la kat wad, bersama hubby tercinta.. wah...

CTG di buat lagi sebanyak 4 kali hari tu.. hmm.. depa bawa machine tu dtg bilik aku..

hari tu lak, dah start rasa sakit contraction.. tapi aku masih boleh tahan.... hmm.. not bad...(berlagak kan..).. tapi ada masa mmg sakit...

malam tu doc tu dtg utk check bukaan lagi kali.. aku berharap, biarla dah buka banyak sket... n dia kata, baru 2cm.. la.. lamanya... tension jap...

spt biasa, bila masuk wad, hubby akan menemani aku sepanjang malam di wad.. aku mmg amik single room... n single room hospital nie, dia sediakan kerusi duduk yg selesa, n sofa bench.. bench tu boleh la hubby aku tidur ngan selesanya, sbb di sediakan bantal and selimut kat situ..

selasa - 28.06.2011, pagi pkl 9.30 tu aku kena pi labour room.. hmm.. pi la.. naik wheel chair.. kat situ, aku akan di induce ngan air lak.. through IV.. sebelum dia induce, doc tu mengosongkan pundi kencing ku dan memasukkan ubat ke dalam usus besar so that sumer benda2 buangan boleh di keluarkan.. nanti masa bersalin, takde la benda yg tak sepatutnya keluar.. hehehe... dah tu, nurse tu pesan, bila rasa nak buang air besar baru pergi.. kalau tak ubat yg dimasukkan tadi keluar sia2 je.. hmm..

aku dah rasa nak buang air besar.. tapi aku cuak. aku tunggu lagi 2 minit.. tak thn.. pi je la.. n mmg, nasib baik buang air besar... kalau tak malu nak cakap kat nurse tu.. hehehe...dah sudah, aku pun kena pakai gaun hospital...

nurse tadi, dia pun memasukkan IV utk masuk air lak.. dan, terus terang aku cakap.. setelah diinduce air, aku di pecahkan pula air ketuban... hmm.. rasa perit contractionyg org slalu kata sakit tu baru di rasa... sakitnya.. hanya Allah yg tahu... nurse tu bagi suggestion.. amik inection thn sakit.. by the time buka 10 cm, aku dah ada tenaga balik.. sbb injection tu akan bagi tidur... memula aku cuba thn.. tak tahan, aku pun minta injection tu.. dah di beri injection, tak ngantuk pun.. tak tidur pun.. rasa sakit tu ada je.. sakit sgt la..

pkl 12, doc datang tgk keadaan aku.. sungguh miserable.. hehehe.. mana tak nye.. aku kena baring.. if la aku leh bangun n berdiri, maybe sakit tu akan hilang.. kan.. tapi, aku tak dibenarkan bangun.. sbbnya, selepas di induce tu, perutku di pasang alat ctg.. n ctg tu tak leh buka.. depa nak monitor la.. (konon je).. doc check bukaan - baru 3 cm.. la... ok.. takpe...

n doc tu kata if sakit, pakai gas lak.. gas tu boleh buat rasa doopy.. hmm.. doopy?? tak jalan juga.. takde langsung rasa doopy...

ada beberapa part tu aku rasa sakit yg amat.. hubby yg setia menemani aku di sebelah, menenangkan aku.. dia suruh bernafas.. nafas.. yg aku nie, ada 1 point sakit yg amat, boleh marah dai "org dah lupa cara bernafas dah!!".. hehehe.. mmg.. dah tak leh tarik nafas dah... pkl 3, nurse lak dtg check bukaan, tak sampai 4cm lagi.. la.. lamanye nak buka....

pkl 4, aku dah tak thn.. nak amik epidural dah.. seriously.. hubby kata, "cuba thn dulu.. awak lebih kuat dari epidural".. aku cuba thn.. tapi mmg tak leh dah.. pkl 5, aku call nurse utk amik epidural.. diorg pun sediakan form utk aku sign - biasala.. if anythign happen, pihak hospial tak bertanggung jawab la.. pkl 5.30 pm, doc lak dtg.. dia nak check progress, dia kata no point amik epidural if takde progress....

check bukaan - tak sampai 4cm juga.. la.. asal nie.. sakit dah rasa giler dah.. ingatkan dah 8cm ke.. hehehe...

n all of sudden.. dia tgk carta kemajuan.. dia explain sumthing pada hubby.. n hubby nampak risau.. n after that, baru dia explain pada aku..

according to doc, progress aku terbantut.. sepatutnya, by this time, aku mesti dah mencecah 7cm.. tapi, dia tak tahu apa yg menyebabkan progress tu terbantut.. dia nak tunggu 2 jam lagi, incase mana tau bukaan aku akan melompat ke 7cm dalam masa 2 jam tu.. tetapi, dia risau atas keselamatan baby..

aku tanya apa option yg aku ada?? dia jawab, we have to go for emergency ceaserian.. hmm.. kata emergency.. nak tunggu 2 jam lagi ke??

aku cakap kat doc tu, just go for the ceaserian now.. dia kata nak bagi aku bincang ngan hubby lu, n aku kata tak perlu.. dia dah kata baby at stake.. baby may be in distress position.. nak tunggu apa lagi... nak suruh aku mampus skali ke... tension aku.. aku mmg tak minta pandangan hubby aku.. aku tau diri aku, badan aku.. bukan nak ketepikan dia.. tapi, aim aku nak selamatkan aku n baby nie...

nak di adikan citer- BP aku naik mendadak- 175/105... n baby heartbit jatuh mendadak tu 85bpm... hmm...

pukul 6pm, aku masuk operation theatre.. dalam masa 2 thn, dah 2 kali aku masuk operation theatre.. sekali pd dec 2009 - kerana miscarriage.. nak buat D&C...

epidural pun di beri.. aku half bius.. dr baby aku pun di panggil skali masuk OT tu.. n doc tu adalah sedara aku juga.. hehehe..

pkl 6.32pm, baby aku slamat di lahirkan.. bila dengar je suara dia menangis, aku lega.. baby aku selamat.. Alhamdulillah....

selepas baby tu dibersihkan, sorang nurse ni tunjuk baby nie kat aku.. aku tak nampak muka dia.. cuma nampak badan n jantina dia je.. mmg putih melepak kulit dia.. sampai aku tercakap "putihnya".. nurse tu gelak je.. baby di bawa keluar.. utk buat proses seterusnya.. aku tinggal kat dalam.. sbb, tak selesai lagi.. proses jahitan lak.. 6 layer tau perut kite di belah utk sampai ke baby... n 5 layer dalam di jahut, n kulit luar di tampal ngan plaster gam sahaja..

(masa operation tu, sumer dalam bilik OT tu termasuk doc n assistant dia yg bedah aku tu berborak pasal wayang transformer, harry porter and family day.. sabar je la..)

pkl 7, aku settle.. n keluar dari OT, tapi di kawasan pemerhatian... BP teru turun ke 117/69.. wah...

masa tu aku rasa sejuk yg amat... walaupun warmer telah di letak atas badan aku, tapi masih lagi rasa sejuk.. doc tu pun datang kat aku.. n berkata, "baby u besar la, sbb tu sangkut.. approximate weight is about 3.8kg"...

terkejut la diriku ini.. as 2 weeks before, approximate weight yg doc scan is 2.7 kg.. hehehe.. naik sekilo anak aku dalam masa 2 minggu...

n doc tu pun sambung lagi, dia pun pelik, sbbnya slalu mother yg ada BP nie baby dia kecik.. well.. u dah salah kan...

the biggest mistake u buat, bila mana u tak buat final scan kat aku... tu la.. memandai je...

malam tu, kakak2 ku dtg menjenguk.. sumer nak tgk baby aku.. adik aku kata" baby comelnya".. (mereka tgk kat nursery).. aku yg melahirkan dia pun tak dpt tgk lagi... aku suuruh hubby tangkap gambar baby dari nursery tu... n aku cuma dapat tgk gambar je la memula tu..

mmg comel.. baby kan...

pkl 10.00 mlm, mereka menghantar baby ku ke bilik ku... baru la aku dapat tgk baby ku for the first time.. mmg comel.. tapi, aku tak boleh nak dukung dia.. sbbnya, aku masih dalam keadaan baring.. tak boleh bangun lagi.. sbb sakit...' tgk dia dalam trolley.. tak puas tak dapat pegang...

keesokan harinya, 29.06.2011- pkl 4pm, barulah aku dapat mendukung dia for the first time... alhamdulillah.. matanya buka merenung aku...

Muhammad Zulqarnaen - permata hati ku..