Wednesday, May 30, 2012

Neither sympathy nor empathy..

Salam...

stress jap.. hehehe.. tu je la kerja now nie.. stress memanjang... tak tau la nak stress apa.. asyik nak marah org je.. tak bek tau... hehehe...

apsal tajuk tu yg dipilih pada hari wednesday blues nie... ha.. nak citer la... pasal tahap kesedaran org ramai la nie.. mmg tak sedar langsung....

aku adalah pengguna tegar Malaysian public transport nie... rumah di shah alam.. tempat kerja di jln tun razak KL.. hmm.... jauh tak... biasa tu...

setiap hari, aku akan menaiki KTM Komuter sampai KL central (masa perjalanan: 45-50 minit - kalau dia tak buat hal la), kemudian naik LRT Putra ke Ampang Park (masa perjalanan: 12 minit).. tu jalan kaki (masa perjalanan: 5 -10 minit)... sudah 4 tahun begitu... walaupun mmg menghadapi getir yg amat, namun aku tetap meneruskan perjuangan naik train...

pregnant pun dah 2 kali ngan public transport nie.. citer ttg masa pregnant naik train.. amatlah sayu... sgt sayu.. bukan apa.. dah selalu sgt berdiri dari KL sampai ke Shah Alam, berdiri - no body bagi tempat duduk... Sabar je la..

andai mereka tau, betapa peritnya pregnant berdiri.... nescaya mereka memahami.. (ye ke?? ke ada yg dah rasa, tapi masih buat dunno??)..

boleh pura2 tidur... boleh pura2 buat bodo... n bayangkan, perut i jenis besar - 6 bulan dah serupa 8 bulan.. boleh tanya, "are u pregnant?".. boleh ke?? n boleh bila depa kena sound ngan org lain yg suruh bagi aku dudk, boleh diorg cakap," naper tak cakap tadi?".. la... apa jenis manusia la korang nie...

ada juga berdiri kat depan org lelaki, boleh org lelaki tu buat bodo je.. seyesly.. my hubby pun takkan buat cam tu if nampak org yg kurang upaya berdiri depan.. ni, i rasa, org lelaki yg buat bodo tu mmg tak leh di jadikan suami la.. mmg akan pentingkan diri.. kasihan sapa jadi bini dia..

kalau setakat pregnant 4 bulan ke bawah, masih boleh tahan.. bila dah 6 bulan ke atas, sakit la wei.. tumit kaki sakit, betis sakit, kaki rasa kebas, sakit perut, dan letih...

tapi, makin ramai manusia pentingkan diri sendiri lately.. tiada langsung perasaan empathy or sympathy pada kami nie...



(Maksud Empathy: Daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain.)...
(Maksud Sympathy: rasa simpati, kasihan)


Demam Sawan??

Salam..

hari nie, nak share pasal demam sawan.. seyesly, benda yg agak menakutkan terjadi kalau anak demam.. sebab tu, aku akan pastikan, if anak demam, dah reach 38 - pi hospital (DEMC).. maybe org kata aku kalut.. tapi aku tak mo benda2 cam nie jadi kat anak aku.. sebab aku adalah seorang yg cepat panic.. hehehe...

so, benda ni aku nak share, utk pengetahuan aku juga.. mana la tau, jadi kat anak aku nie.. sebab apa2, kena tau apa perlu buat semasa anak sawan...
**********************************************************************
APA ITU DEMAM SAWAN
Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Ia juga dikenali sebagai sawan tarik yang mudah berlaku jika suhu badan naik melebihi 40°C dalam tempoh hanya satu atau dua hari selepas demam bermula. Kanak-kanak yang pernah mengalami sawan demam ini juga berisiko mengalami masalah serupa kelak. Namun, sawan ini akan hilang dengan peningkatan usia berikutan sawan demam tidak berlaku di kalangan orang dewasa. Sawan akibat demam boleh menyebabkan otak terencat atau kematian akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak jika dibiarkan berpanjangan (dikatakan tempoh lebih 30 minit).

Ciri-ciri
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan, mulut berbuih, mata hitam akan memandang ke atas dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.

Punca
Ia selalunya berpunca daripada sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk, selsema, jangkitan bahagian atas salur pernafasan, jangkitan telinga (penyakit otitis media) atau jangkitan kuman virus. Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis). Sawan ini bukan penyakit keturunan. Namun ada segelintir mengalami sawan tarik kerana mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan tarik.

Rawatan Lanjut
Untuk mendapat pemeriksaan lanjutan bagi memastikan bahawa anak anda tidak menghidap meningitis atau jangkitan selaput otak. Ini adalah kerana 17% kes demam sawan adalah positif untuk meningitis dan perlu diingatkan ia boleh membawa maut dan menyebabkan kecacatan kekal otak, tubuh dan lumpuh.

TINDAKAN ANDA BILA BERLAKU DEMAM SAWAN
Elakkan sawan berlaku Lap badan dengan kain basah yang menggnunakan air paip untuk menurunkan suhu badannya yang panas itu. Juga beri anak minum ubat secara konsisten seperti sirap paracetamol mengikut sukatan yang betul. Boleh juga memberi satu suppository voren 12.5mg (anak kecil) atau 25 mg (3 tahun ke atas) ke dalam punggung untuk mengurangkan demam mengikut nasihat doktor. Juga pakaikan pakaian yang nipis dan awasi selalu anak jika ia tidur di dalam buaian (udara panas terperap ketika di dalamnya). Pastikan bilik tidak terlalu panas dan sentiasa monitor suhu badan anak walaupun anda terpaksa berjaya malam!

Ketika Sawan
Jangan Panik! Tetapi bertindak pantas! Ingat jangan biarkan sawan ini berlaku lebih daripada 1 atau 3 minit sehingga 5 minit. Pantas baringkan anak anda mengiring ke kiri. Ia untuk mengelak muntah atau lendir masuk ke dalam paru-paru. Segera melonggarkan segala pakaiannya. Ada juga pendapat mengatakan langkah pertama segera masuk bilik air dan basahkan seluruh badannya untuk menurunkan suhu badan yang mendadak tinggi dan apabila anak kecil sudah sedar dari kejang dan mula menangis, segera lap badannya (berdoalah ketika ini pada tuhan supaya anak anda selamat).

Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan. Juga jangan ambil sudu atau bahan-bahan keras dan meletakkannya di dalam mulut. Ini boleh menyebabkan luka yang teruk di dalam mulut. Ia juga boleh menyebabkan tercekik objek asing sekiranya patah. Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.Usah cuba mengawal pergerakan anak sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya. Pada masa yang sama cuba lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu berapa lama sawan itu berlaku. Kemudian segera bawa ke klinik untuk pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit untuk mencari dan merawat penyebab demam.

TIP MUDAH
1. Tanggalkan pakaian anak.
2. Baringkan mengiring untuk mengelak bendalir atau air liur memasuki peparu.
3. Mandikan dengan air paip untuk menurunkan suhu badannya dan jangan letakkan objek keras di dalam mulutnya.
4. Jangan biarkan sawan berlaku 3 hingga 5 minit. Segera bertindak!
5. Apabila anak sudah kembali sedar, segera bawa ke klinik untuk kecemasan ini.


(source: pama)
**********************************************************************

So, basically, perkara paling penting kite kena buat - JGN PANIC!!!!! bila panic, otak kite pun tak berfungsi.. ntah2 kite pun leh kena sawan lak.. habis sapa nak tolong anak kite, betul tak?? dan berdoa sentiasa... insyaAllah, semuanya akan selamat...

Tuesday, April 24, 2012

Cabaran membesarkan anak

Salam...

Hari nie - 24 April 2012 - terlambat bangun.. dengar alarm pkl 6.30am - tu dlm keadaan mamai tu tutup alarm tu, n golek2 atas katil sampai pkl 6.50am... mmg dah lambat...

hubby?? dia mmg dah kata nak cuti...

kami berdua tak cukup tidur malam tadi... tapi, aku terpaksa juga pergi kerja walaupun tahu dah lambat.. kepala mmg pening giler.. sampai la nie, masih rasa berat...

alkisah - Muhammad - anak thomel kami berdua - mlm tadi mmg dia sgt2 meragam.. maybe cuaca panas kot.. nampak gayanye mmg kena pasang aircond la nie... sbb, maybe dia ni dah biasa tidur dalam aircond kat umah my mum kan... adei....

so, basically, meragam nya begini.. dari pkl 11.30mlm - start menangis.. tu tidur.. pkl 12.30 mlm nangis - tu tidur lagi... (nangis sampai la kite pujuk dia, baru dai diam..), pkl 1.30 pagi - menangis lagi.. tukar kan position tidur dia lak.. halakan kipas direct pada dia (selain kipas kat atas siling tu, pakai juga kipas meja).. tidur balik.. 2.30pagi, nangis lagi... apa lagi.. terus buat susu - bagi dia minum.. then dia tidur balik.. and finally - pkl 3.30 pagi.. nangis lagi.. so, dukung dia jap.. tu letak kat tpt baru lak.. hujung tilam.. kat situ la dia tidur sampai pkl 7.20pagi..

adei.. sian dia juga.. if dia selesa takkan dia nangis kan... tapi, hasilnya, kiteorg nie la terlambat segalanya.. hubby bercuti..

takpela.. bukan selalu dai meragam cam nie.. cuaca pun panas lately.... mmg panas giler...

mummy nak kena surey aircond lak nie ye Muhammad.. semoga Muhammad boleh tidur nyenyak...

nota pendek: cabaran menguji kesabaran... alhamdulillah.. walaupun aku pegnen, Allah beri aku kekuatan... pagi tu perut dah mmg rasa cramp dah.... nak buat cam ne...

Wednesday, April 18, 2012

Muhammad - 9 Bulan setengah (15.04.2012)

Salam...

Milestone seterusnya utk Muhammad... wah.. seyesly.. happy la sket.. sebab apa, aku dah start risau.. dia tak merangkak lagi.. dia dah bergerak ke hadapan dengan lajunya - tetapi cara mengesot meniarap tu la.. bila la kau nak merangkak.. risau wei.... sgt2 risau...

15.04.2012 - Ahad, tgh lepak2 depan TV.. depan TV tu ada meja utk kanak2 - mmg beli utk letak gelas kopi kiteorg.. hehehe.... tetiba, tgk Muhammad dah berlutut kat sambil memaut meja tu.. wah.. sayang ami dah nak berdiri ke??? aku pun panggil Mr Hubby dgn excited nyer.. dia dtg kelam kabut n tanya "naper?".. aku pun tunjuk ke arah Muhammad yg sedang berlutut di meja... my hubby reply," la.. tu je ke.. mmg dia dah slalu buat cam tu..".. aik?? bile masa dia buat??? but actually, dia pernah buat skali je la kat my hubby rupanya.... la...

kemudian, Muhammad dtg ke arah ku.. sambil naik ke paha.. dan skali lagi dia berlutut.. yg nie aku sempat tangkap gambar.. hehehe...

nie position yg dia suke buat sekarang...

so, dia nak berdiri la...ok... dia jump 1 step maknanya.. ok... (sama cam anak my friend... pun gitu juga citernyer.. tak merangkak - but terus berdiri...hmmm)

dah tu, hari isnin- 16.04.2012 - lepak kat umah my mum... tgh lepak2, Muhammad pegi kat stool yg atasnya ada tripple pin plug.. nak capai plug.. n, basically, dia berjaya berdiri hasil usaha dia.. wow wee... caya la Muhammad.. tapi, tak strong lagi la.. takpe Muhammad.. slow and steady... (yg ni mmg dia tak ikut mak dia.. aku dulu umur 9 bulan - sudah pandai berjalan la.. hehehe..)..

so, semalam -17.04.2012, saja la aku berdirikan dia kat tepi katil.. so, dia berdiri guna tenaga dia.. aku just pantau.. dia main main ngan rantai mak aku kat tepi katil tu.. dah tu, aku nie dah penat duduk.. (biasala.. pegnen), nak baring la.. so, aku amik dia n baringkan dia sebelah aku.. punya la dia mengamuk... menangis... adei.. ko nak berdiri lak ye sayang.. Mummy dah penat la... lain kali la ye... pas tu, nasib baik dia diam.. ye la, dah bagi dia pegang remote aircond... hehehe...

Nota pendek aku: bukan mudah nak membesarkan anak... tapi aku tetap happy bile balik tgk muka dia tersenyum pandang aku... Mummy saaaaayang sgt kat Muhammad.... Moga menjadi anak yg soleh ye sayang... amin....

Tuesday, April 17, 2012

::Malu??::

Salam...

Pernah tak korang mengalami situasi yang amat sengal dan memalukan dalam hidup korang??? mesti pernah kan... aku juga.. bukan 1, tapi banyak...

tapi, nie yang aku rasa amat memalukan la yg pernah terjadi dalam hidup nie...

peristiwa ni terjadi pada tahun 2009 or 2010 - masa tu dah kawin dah...

aku commute ke office di KL dgn KTM komuter (seyesly lembab giler.. tapi best opportunity utk baca buku, tidur, main game, and berangan la..) dan LRT...

nak di jadikan satu hari nie.. tak silap aku, laki aku tak leh amik.. ada hal.. kad touch n go aku cuma berbaki RM0.20 (20 sen la..)... tiba si stesyen shah alam (lepas tag out la tinggla RM0.20 tu)... so, tgk dlm handbag - duit ada kurang dari RM3... bayangkan.. nak naik teksi - tak cukup duit.. so, naik la bas.. bas rapid KL yg mmg pengantara stesyen KTM dan seksyen2 lain di shah alam... ok la aku kata.. naik bas.. tambang bas takkan la lebih dari RM3 kan... hehehe...

so, dgn bangga beratur la naik bas tu.. tetiba, bas tu rupanya, mmg tak terima duit cash.. diorg pakai kad touch & go.. la.. aku balance kad ada RM0.20 je.. tu aku tanya, cash tak leh ke?? sbb aku dah pegang RM2 kat tangan aku nie.. tambang RM1 je.. (duit tu berupa RM1 duit kertas, and lagi RM1 tu duit syiling la.. hehehe...

driver bas tu kata pakai tng je.. dia kata takpe.. leh beli kad tu kat dlm bas nie.. bermula dari harga RM5.. aku cuma boleh geleng kepala... dan berkata, saya mmg takde duit RM5.. dia pelik... impossible rakyat Malaysia yg kebanyakan kaya raya nie takde duit RM5 dlm bag depa.. (aku tak kaya la.. sbb tu RM5 pun aku takde..) aku just kata aku ada nie je (seraya tunjuk duit RM2 tu kat dia)... dah lama aku thn queue nie.. hehehe.. kat belakang aku ada ramai lagi nak naik.. n perasaan aku masa tu mmg malu semalu2 nya... malu... malu sesangat wei... adei.. apakan daya.... lupa nak cucuk duit kat bank.. kat ktm mana ada ATM machine masa tu (la nie dah ada dah.. maybe pasal kes aku la kot..)

at last driver tu tanya aku nak gi mana, aku pun jawab la Seksyen bla bla bla... dia pun suruh aku masuk dalam bas tu... so, kire aku tambang phree la hari tu...

kesian aku kan...

aku citer kat mak aku: dia kata, asal tak naik teksi sampai umah dia, tu dia boleh bayarkan tambang teksi tu.. aku pun balas balik - mmg memula nak buat cam tu.. tapi, bila pk ada duit RM2 yg mmg cukup utk tambang bas, gi la naik bas.. jimat sket... tetapi rupanya - aku malu pada hari tu...

nota pendek aku: moral of the story (diulangi MORAL ye..), make sure dalam bag ada at least RM10 la kalau cikai pun... supaya citer malu nie tidak berulang di masa hadapan....

Monday, April 16, 2012

::Lewat::

Salam...

hari ni lewat masuk office gitu.. pkl 9.30 baru sampai.. merah la attendance hari nie... nak  buat cam ne... tak leh bangun.. bangun pkl 6.30 am - tu golek2 kat 5 minit, tu baru bangun gi mandi... kuar umah pkl 7.20am... train pkl 7.29 - mana la sempat... speed cam ne pun, takkan sempat punyer la...

alkisah - mlm tadi, tak dapat tidur.. setiap 1/2 jam terjaga.. adei... sampai pkl 4 pagi, baru lena sapai 6.30 pagi... tgk si Muhammad tidur syok je... adei... mr hubby pun ok je tidur.. aku nie la...

tu yg terbangun lambat sket hari nie.. 6.35 am.. baru la nak pi mandi.. tu nak tune otak pun lembab la sket...

dalam KTM lak, jumpa member study master nie.. dia dia habis la.. sbb dia full time student.. berborak - tetiba dah sampai KL central.. wah... cepatnyer masa berlalu... member tu citer dia now lecturer kat KLMU... ok la.. n dpt banyak offer dah.. utk sambung PHD.. alhamdulillah.. (dia tak citer ngan berlagak tau.. dia citer dgn amat humble... dia pun cam malu2 nak citer memula.. aku tak kisah.. itu rezeki dia.. takde pun nak jeles ke apa.. but i am happy what she got la.. seyesly.. hopefully dia akan berjaya la buat PHD kat australia tu.. tambah lagi sorang umat nabi yang ada highest education.. happy.. happy.. happy.... suker aku dengar manusia yg berdaya maju nie.. seyesly... tell tu the truth la.. its not easy la.. (like me - part time study - working lagi, ada baby lagi, and pregnant lagi..ha kau.. mencabar tak buat master nie...)

n kisah2 suka duka dia buat desertation - kesian juga dengar kisah dia.. to me, unfair la if lecturer jenis yg pandang remeh atas hasil usaha anak bumi nie.. tolong la.. be professional sket... ingat senang ke nak buat research paper.. senag2 korang nak ambil ringan ye... makan gaji bute ke apa korang nie.. ntah la.. sian juga dengar kisah dia.. tapi, alhamdulillah, dia dah settle semua benda... dan insyaAllah, dia akan lagi maju ke hadapan...  amin...

ok la.. nak sambung buat tax com nie.. leh tertidur aku depan pc buat tax com.. ngantuk giler...

Friday, April 6, 2012

..Sedikit ilmu...

Salam...

Dapat satu email dari kawan office.. lepas baca nie, agaknye boleh la kot nak kaitkan dgn diri kite sendiri... 

******************************************************************************

Sedikit coretan daripada Ustaz Don

"Jika gaji kita RM5,000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM20,000, Allah SWT akan berikan beza RM15,000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.

Jika gaji kita RM5,000 tapi kita kerja malas macam gaji RM2,000, beza RM3,000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."

Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat "give more" kan. Firman Allah SWT dalam Al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh-sungguh bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik. Wallahualam..

Sama-sama kita berusaha dan berjaya dunia akhirat.  Amin~

Dipetik dari Prof Dr Muhaya 
****************************************************************************

hmm.. so, actually, dalam hidup nie, bak kata org, kena la ada give and take.. ni la maksudnyer... 

Nota pendek aku: gaji aku sikit.. kerja banyak.. tapi nak taknak, mmg kena buat juga.... hehehe.....