Wednesday, May 30, 2012

Neither sympathy nor empathy..

Salam...

stress jap.. hehehe.. tu je la kerja now nie.. stress memanjang... tak tau la nak stress apa.. asyik nak marah org je.. tak bek tau... hehehe...

apsal tajuk tu yg dipilih pada hari wednesday blues nie... ha.. nak citer la... pasal tahap kesedaran org ramai la nie.. mmg tak sedar langsung....

aku adalah pengguna tegar Malaysian public transport nie... rumah di shah alam.. tempat kerja di jln tun razak KL.. hmm.... jauh tak... biasa tu...

setiap hari, aku akan menaiki KTM Komuter sampai KL central (masa perjalanan: 45-50 minit - kalau dia tak buat hal la), kemudian naik LRT Putra ke Ampang Park (masa perjalanan: 12 minit).. tu jalan kaki (masa perjalanan: 5 -10 minit)... sudah 4 tahun begitu... walaupun mmg menghadapi getir yg amat, namun aku tetap meneruskan perjuangan naik train...

pregnant pun dah 2 kali ngan public transport nie.. citer ttg masa pregnant naik train.. amatlah sayu... sgt sayu.. bukan apa.. dah selalu sgt berdiri dari KL sampai ke Shah Alam, berdiri - no body bagi tempat duduk... Sabar je la..

andai mereka tau, betapa peritnya pregnant berdiri.... nescaya mereka memahami.. (ye ke?? ke ada yg dah rasa, tapi masih buat dunno??)..

boleh pura2 tidur... boleh pura2 buat bodo... n bayangkan, perut i jenis besar - 6 bulan dah serupa 8 bulan.. boleh tanya, "are u pregnant?".. boleh ke?? n boleh bila depa kena sound ngan org lain yg suruh bagi aku dudk, boleh diorg cakap," naper tak cakap tadi?".. la... apa jenis manusia la korang nie...

ada juga berdiri kat depan org lelaki, boleh org lelaki tu buat bodo je.. seyesly.. my hubby pun takkan buat cam tu if nampak org yg kurang upaya berdiri depan.. ni, i rasa, org lelaki yg buat bodo tu mmg tak leh di jadikan suami la.. mmg akan pentingkan diri.. kasihan sapa jadi bini dia..

kalau setakat pregnant 4 bulan ke bawah, masih boleh tahan.. bila dah 6 bulan ke atas, sakit la wei.. tumit kaki sakit, betis sakit, kaki rasa kebas, sakit perut, dan letih...

tapi, makin ramai manusia pentingkan diri sendiri lately.. tiada langsung perasaan empathy or sympathy pada kami nie...



(Maksud Empathy: Daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain.)...
(Maksud Sympathy: rasa simpati, kasihan)


Demam Sawan??

Salam..

hari nie, nak share pasal demam sawan.. seyesly, benda yg agak menakutkan terjadi kalau anak demam.. sebab tu, aku akan pastikan, if anak demam, dah reach 38 - pi hospital (DEMC).. maybe org kata aku kalut.. tapi aku tak mo benda2 cam nie jadi kat anak aku.. sebab aku adalah seorang yg cepat panic.. hehehe...

so, benda ni aku nak share, utk pengetahuan aku juga.. mana la tau, jadi kat anak aku nie.. sebab apa2, kena tau apa perlu buat semasa anak sawan...
**********************************************************************
APA ITU DEMAM SAWAN
Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Ia juga dikenali sebagai sawan tarik yang mudah berlaku jika suhu badan naik melebihi 40°C dalam tempoh hanya satu atau dua hari selepas demam bermula. Kanak-kanak yang pernah mengalami sawan demam ini juga berisiko mengalami masalah serupa kelak. Namun, sawan ini akan hilang dengan peningkatan usia berikutan sawan demam tidak berlaku di kalangan orang dewasa. Sawan akibat demam boleh menyebabkan otak terencat atau kematian akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak jika dibiarkan berpanjangan (dikatakan tempoh lebih 30 minit).

Ciri-ciri
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan, mulut berbuih, mata hitam akan memandang ke atas dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.

Punca
Ia selalunya berpunca daripada sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk, selsema, jangkitan bahagian atas salur pernafasan, jangkitan telinga (penyakit otitis media) atau jangkitan kuman virus. Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis). Sawan ini bukan penyakit keturunan. Namun ada segelintir mengalami sawan tarik kerana mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan tarik.

Rawatan Lanjut
Untuk mendapat pemeriksaan lanjutan bagi memastikan bahawa anak anda tidak menghidap meningitis atau jangkitan selaput otak. Ini adalah kerana 17% kes demam sawan adalah positif untuk meningitis dan perlu diingatkan ia boleh membawa maut dan menyebabkan kecacatan kekal otak, tubuh dan lumpuh.

TINDAKAN ANDA BILA BERLAKU DEMAM SAWAN
Elakkan sawan berlaku Lap badan dengan kain basah yang menggnunakan air paip untuk menurunkan suhu badannya yang panas itu. Juga beri anak minum ubat secara konsisten seperti sirap paracetamol mengikut sukatan yang betul. Boleh juga memberi satu suppository voren 12.5mg (anak kecil) atau 25 mg (3 tahun ke atas) ke dalam punggung untuk mengurangkan demam mengikut nasihat doktor. Juga pakaikan pakaian yang nipis dan awasi selalu anak jika ia tidur di dalam buaian (udara panas terperap ketika di dalamnya). Pastikan bilik tidak terlalu panas dan sentiasa monitor suhu badan anak walaupun anda terpaksa berjaya malam!

Ketika Sawan
Jangan Panik! Tetapi bertindak pantas! Ingat jangan biarkan sawan ini berlaku lebih daripada 1 atau 3 minit sehingga 5 minit. Pantas baringkan anak anda mengiring ke kiri. Ia untuk mengelak muntah atau lendir masuk ke dalam paru-paru. Segera melonggarkan segala pakaiannya. Ada juga pendapat mengatakan langkah pertama segera masuk bilik air dan basahkan seluruh badannya untuk menurunkan suhu badan yang mendadak tinggi dan apabila anak kecil sudah sedar dari kejang dan mula menangis, segera lap badannya (berdoalah ketika ini pada tuhan supaya anak anda selamat).

Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan. Juga jangan ambil sudu atau bahan-bahan keras dan meletakkannya di dalam mulut. Ini boleh menyebabkan luka yang teruk di dalam mulut. Ia juga boleh menyebabkan tercekik objek asing sekiranya patah. Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.Usah cuba mengawal pergerakan anak sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya. Pada masa yang sama cuba lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu berapa lama sawan itu berlaku. Kemudian segera bawa ke klinik untuk pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit untuk mencari dan merawat penyebab demam.

TIP MUDAH
1. Tanggalkan pakaian anak.
2. Baringkan mengiring untuk mengelak bendalir atau air liur memasuki peparu.
3. Mandikan dengan air paip untuk menurunkan suhu badannya dan jangan letakkan objek keras di dalam mulutnya.
4. Jangan biarkan sawan berlaku 3 hingga 5 minit. Segera bertindak!
5. Apabila anak sudah kembali sedar, segera bawa ke klinik untuk kecemasan ini.


(source: pama)
**********************************************************************

So, basically, perkara paling penting kite kena buat - JGN PANIC!!!!! bila panic, otak kite pun tak berfungsi.. ntah2 kite pun leh kena sawan lak.. habis sapa nak tolong anak kite, betul tak?? dan berdoa sentiasa... insyaAllah, semuanya akan selamat...