Tuesday, November 4, 2014

Tazkirah dari Mr Hubby..

Salam...

(ni draft dah lama.. baru nak post... tahun 2013 kot...)

baru baru ni masa tgk syok tgk masterchef malaysia musim ke dua, sambil mendukung Yiecha (my doter), my hubby pun bersuara...

"Nabi Muhammad SAW ada pesan pada para sahabat, jikalau nampak Dajal, paling kan la muka mu daripadanya..."..

aku diam mendengar.. dan menunggu dia menyambung bicara.. mata aku telah mengalih pada dia...

"Dajal yg dimaksudkan, benda benda cam rancangan tv yg melalaikan kita dari ingat Allah.."

boop!!! terasa seperti seketul batu jatuh atas kepala ku....

bila di fikirkan balik, ye mmg betul...

Pernah baca satu benda ni, tapi tak ingat kat mana.., "sia2 lah nafas seseorang andai bukan kerana Allah".. "Setiap nafas hendaklah diiringi dgn Nama ALLAH...

Ini bermakna, kite mesti sentiasa mengingati Allah.. bukan waktu solat sahaja.. sentiasa.. semasa memandu kenderaan, semasa makan, semasa duduk, dan sebagainya...

Hubby continue lagi, dia kata nabi Muhammad SAW dah nampak semua benda ni.. tapi dia tak boleh nak beritau pada org2 dulu pasal tv.. sbb apa, belum tentu mereka faham tv tu apa... zaman mereka takde tv pun...

bila tgk zaman sekarang (bukan nak kata aku ni baik sgt.. aku cuma nak ingatkan diri aku je).. macam2 benda ada... tanya semua budak pasal lagu justin bieber.. confirm depa tau... cuba suruh baca ayat kursi - belum tentu boleh baca...

so, cabaran juga la nak didik anak zaman sekarang ni.. zaman teknologi... teknologi lebih memihak kepada Dajal.. contohnya FB.. seyesly bahaya...

(pesan utk diri aku juga la nie..) status status doa tu tak payah la nak share kat fb... contohnya, "Ya Allah, jauhkan aku dari musibbah".. or "Ya Allah, andai dia jodohku, satukan la kami"...

please la.. itu bukan doa sebenarnya.. itu nak menunjuk... satu doa yg baik, adalah doa yg kite pinta betul2 dalam keadaan ikhlas..

ikhlas?? ha.. ikhlas melibatkan hati... solat tu, ikhlas tak?? kalau tak ikhlas, tak payah buat la.. membazir je...  solat tu sendiri dah ada niat - kerana Allah Taala.. kena la ikhlas..

korang, kalau di beri barang daripada org lain yg tak ikhlas.. seronok tak terima hadiah cam tu?? tak kan.. maybe korang takkan amik pun...

dah tu, kenapa bila solat tak boleh nak ikhlas...

Bila solat ikhlas, doa pun ikhlas.. so, Allah pun makbulkan doa kita...

Allah tak tgk paras rupa... Allah tgk HATI kita..... (ni sebenarnya pesan utk aku juga..)

see... dah melalut panjang... actually banyak juga kami suami isteri berbual malam tu... my doter pun ikut skali berbual .. "ooo..aaaa....aauuu....".. sbb dia ingat kite org berbual dgn dia... hehehe....

takat tu kali ni.. nnti sambung lain kali.. nak tgk dulu semua draft2 sebelum ni...

No comments:

Post a Comment